اللَّهُمَّ إِنَّ
هَذَا الْحَرَمَ حَرَمُكَ ، وَالْبَلَدَ بَلَدُكَ ، وَاْلأَمْنَ أَمَنُكَ ،
،وَالْعَبْدَ عَبْدُكَ ، جِئْتُكَ مِنْ بِلاَدٍ بَعِيْدَةٍ بِذُنُوْبٍ کَثِيْرَةٍ
، وَأَعْمَالٍ سَيِّئَةٍ ، أَسْأَلُكَ مَسْأَلَةَ الْمُضْطَرِيْنَ إِلَيْكَ ،
الْمُشْفِقِيْنَ مِنْ عَذَابِكَ ، أَنْ تَسْتَقْبِلَنِيْ بِمَحْضِ عَفْوِكَ وَأَنْ
تُدْخِلَنِيْ فَسِيْحَ جَنَّتِكَ ، جَنَّةِ النَّعِيْمِ .
اللَّهُمَّ إِنَّ
هَذَا حَرَمُكَ وَحَرَمُ رَسُوْلِكَ ، فَحَرِّمْ لَحْمِيْ وَدَمِي وَعظْمِيْ عَلَى
النَّارِ .
اللَّهُمَّ آمِنِّي
مِنْ عَذَابِكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ أَسْأَلُكَ بِأَنَّكَ أَنْتَ اللهُ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ ، أَنْ تُصَلِّىَ وَتُسَلِّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ
تَسْلِيْمًا کَثِيْرًا أَبَدًا
Maksudnya ;
Ya Allah sesungguhnya Tanah
Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada
padanya semuanya kepunyaanMu, hambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu
dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang
buruk, daku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat
kepadaMu dan takut kepada azabMu supaya Engkau terima daku dengan limpahan
kemaafanMu dan masukkanlah daku ke dalam kawasan syurgaMu, Jannatun Naim,
Ya Allah sesungguhnya ini
adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulangku dari api
neraka .
Ya Allah amankan daku dari azab
Engkau di hari Engkau membangkitkan hamba Engkau. Aku memohon dengan Engkau
kerana Engkaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Engkau Yang Maha Pemurah lagi
Maha Mengasihani, kerana Engkau berselawat dan mengucapkan selamat sejahtera ke
atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda
sebanyak-banyak, selama-lamanya.