SYEIKH SAYYID SABIQ
Merupakan
pengarang kitab Fiqh as-Sunnah yang masyhur yang telah diterjemah ke
dalam pelbagai bahasa di dunia. Seorang ulamak al-Azhar. Berasal dari
Wilayah Manufiah (Mesir). Beliau sempat bertemu Imam as-Syahid Hasan
al-Banna dan menjadi anggota Ikhwan al-Muslimin sejak di bangku sekolah
lagi. Beliau belajar di al-Azhar dalam bidang Syari’ah dan menjadi pakar
dalam bidang Fiqh Islam. Bukunya Fiqh Sunnah menjadi rujukan umat Islam
di dunia sejak tahun ia ditulis () hingga ke hari ini. Pada tahun 1413
Hijrah, beliau dianugerahi Hadiah Kecemerlangan Raja Faisal (Arab Saudi)
di atas sumbangannya dalam Ilmu Fiqh. Di akhir-akhir usianya beliau
menerima tawaran untuk menjadi pensyarah di Universiti Ummul-Qura
(Mekah) kerana ingin berada hampir dengan Baitullah. Syeikh Sayyid Sabiq
meninggal pada hari Ahad, 23 Zil-Qaedah 1420 bersamaan 27 Januari 2000
dan dikebumikan di tempat kelahirannya.
Selain dari Fiqh Sunnah tadi, beliau juga menghasilkan banyak penulisan lain antaranya;
1. Masadir al-Quwwah Fi al-Islam
2. al-‘Aqaid al-Islamiyyah
3. Risalah Fi al-Hajj
4. Islamuna
5. Risalah Fi as-Shiyam
6. Taqalid Wa ‘Adaat Yajib An Tazul Fi al-Afrah Wa al-Munasabat.
Selain dari Fiqh Sunnah tadi, beliau juga menghasilkan banyak penulisan lain antaranya;
1. Masadir al-Quwwah Fi al-Islam
2. al-‘Aqaid al-Islamiyyah
3. Risalah Fi al-Hajj
4. Islamuna
5. Risalah Fi as-Shiyam
6. Taqalid Wa ‘Adaat Yajib An Tazul Fi al-Afrah Wa al-Munasabat.
Semoga Allah mengurniakan darjat yang tinggi untuk beliau di akhirat.