Bapa Ilmu Kimia
|
Pada
peringkat awal kerjaya Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, beliau pernah berguru
pada Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun
Ar-Rasyid.
Sumbangan
terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal
kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah
diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya
berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.
Beliaulah
yang memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen didunia
alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu
kimia moden.
Jabir
banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan
kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau
mencu-rahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu
kimia dan kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. Jadi,
beliau mengembangkan ilmu kimia sebagai cabang ilmu alkimia.
Beliau
menegaskan bahawa kuantiti yang tepat daripada bahan kimia saling
berhubungan dengan wujudnya tindak balas kimia yang akan berlaku. Oleh
sebab itu, bolehlah dikatakan bahawa Jabir telah meletakkan dasar ke
atas hukum nisbah tetap.
Sumbangan
yang paling asas oleh Jabir dalam bidang ilmu kimia termasuk juga dalam
bidang penyempurnaan pendekatan saintifik, seperti pada proses
penghabluran, penyulingan, kalsinasi (penukaran logam kepada oksidanya
dengan cara pembakaran), pejalwap dan penyejatan serta pengembangan
terhadap beberapa peralatan untuk menjalankan eksperimen itu.
Pencapaian
praktis utama yang disumbangkan oleh beliau ialah penemuan bahan
mineral dan asid, yang telah pun dipersiapkan pertama kali dalam
penelitian tentang alembik (Anbique). Rekaannya terhadap alembik
membuatkan proses penyulingan menjadi lebih mudah dan sistematik.
Antara
beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah
dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik.
Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum
tidak ada duanya didunia.
Oleh
sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia
Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max
Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan
ilmu kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada
karya-karya Jabir Ibnu Haiyan.
Tegasnya,
Jabir merupakan seorang pelopor dalam beberapa bidang pengembangan ilmu
kimia gunaan. Sumbangan beliau termasuk juga dalam pembangunan keluli,
penyediaan bahan-bahan logam, bahan antikarat, tinta emas, penggunaan
bijih mangan dioksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian, dan
penyamakan kulit.
Sumbangan
beliau juga pada menyediakan pelapisan bahan anti air pada pakaian,
serta campuran bahan cat, dan gris. Selain itu, beliau juga
mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia.
Idea
eksperimen Jabir itu sekarang telah menjadi dasar untuk
mengklasifikasikan unsur-unsur kimia, terutamanya pada bahan logam,
bukan logam, dan penguraian bahan kimia. Beliau telah merumuskan tiga
bentuk berbeza daripada bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya:
Pada
abad pertengahan, risalah-risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia -
termasuk kitabnya yang masyhur, Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een,
telah diterjemahkan ke bahasa Latin. Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya
telah diterbitkan oleh orang Inggeris yang bernama Robert Chester pada
tahun 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy.
Buku kedua, Kitab Al-Sab'een diterjemahkan juga oleh Gerard dari Cremona. Berthelot pula menterjemahkan beberapa buku beliau, yang antaranya dikenali dalam judul Book of Kingdom, Book of the Balances, dan Book of Eastern Mercury.
Berikutnya
pada tahun 1678, seorang berbangsa Inggeris, iaitu Richard Russel
mengalihbahasakan karya Jabir yang lain dengan judul Sum of Perfection.
Berbeza dengan pengarang sebelumnya, Richardlah yang pertama kali
menyebut Jabir dengan sebutan Geber. Dialah yang memuji Jabir sebagai
seorang pendeta Arab dan juga ahli falsafah.
Buku
ini kemudiannya menjadi sangat popular di Eropah selama beberapa abad
lamanya dan telah member! impak dan pengaruh yang cukup besar kepada
evolusi ilmu kimia moden. Istilah alkali, pertama kali ditemukan oleh
Jabir.
Sungguhpun begitu, daripada semua karyanya, hanya sedikit sahaja yang telah diterjemahkan. Sebahagian besar karyanya tetap kekal dalam bahasa Arab.
|